Lokasi:
Taman Mutiara 1 terletak dalam mukim Tras di daerah Raub, Pahang. Taman Mutiara juga terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Taman Mutiara 1 dan Taman Mutiara 2. Lokasi Pusat Internet adalah di dalam Taman Mutiara 1 iaitu di jalan yang menghala ke Cheroh. Terdapat pelbagai jenis kaum yang menetap di sini. Majoriti penduduk di kawasan ini adalah berbangsa Melayu dan selebihnya diikuti dengan kaum Cina dan kaum India. Lokasi Pusat Internet ini amat strategik dan bersesuian dengan kehendak masyarakat kerana mempunyai pelbagai lapisan umur, dan masyarakat di sini berminat dalam bidang teknologi IT. Selain itu lokasi Pusat Internet juga berada di tengah-tengah kawasan antara Taman Mutiara 1 dan Taman Mutiara 2. Dengan itu secara tidak langsung Pusat Internet ini akan menjadi tempat tumpuan dan memudahkan untuk menarik orang ramai mendaftar sebagai ahli di Pusat Internet ini.
Populasi penduduk:
Jantina |
Bilangan |
Jumlah keseluruhan |
Lelaki |
246 |
- |
Perempuan |
369 |
- |
|
615 |
615 |
Kumpulan umur penduduk Taman mutiara 1:
Kumpulan umur |
Bilangan (orang) |
< 12 tahun |
31 |
12-17 tahun |
31 |
18-25 tahun |
185 |
26-40 tahun |
92 |
41-58 tahun |
138 |
> 58 tahun |
138 |
Jumlah Keseluruhan |
615 |
Jenis kaum penduduk di Taman Mutiara 1:
Sosio ekonomi di Taman Mutiara 1:
Melayu: 85% Kerajaan: 60%
Cina: 10% Swasta: 34%
India: 5% Petani: 1%