Setelah lebih setahun kita berada dalam tempoh pandemik, kini data penyelidikan semasa menunjukkan bahawa wanita hamil dengan C-19 mempunyai risiko lebih tinggi untuk dimasukkan ke hospital, mengalami komplikasi teruk dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi berbanding wanita yang tidak hamil.

Perkara ini bukan sesuatu yang mengejutkan kerana sebarang jangkitan pada wanita hamil biasanya akan memberi implikasi lebih buruk.

Semasa tempoh kehamilan, rahim yang semakin membesar akan menghimpit otot pernafasan diafragma, hal ini akan mengurangkan keupayaan paru paru. Paru paru juga perlu bekerja keras lebih dari biasa dengan bekalan oksigen yang perlu dibahagikan antara ibu dan janin.

Selain itu, tempoh kehamilan adalah fasa imuniti tubuh rendah. Perkara ini terjadi supaya tubuh membenarkan perkembangan janin dalam rahim.

Berita baiknya adalah bahawa bayi kebanyakannya terhindar dari jangkitan pernafasan yang teruk. Sampel dari plasenta, tali pusat dan darah dari ibu dan bayi menunjukkan bahawa virus jarang menyeberang dari ibu ke bayi.

Namun jangkitan pada ibu menyebabkan risiko kelahiran pra matang. Hal ini menyebabkan bayi mempunyai pelbagai risiko komplikasi lain selain dari jangkitan C-19.

Tempoh pandemik adalah fasa yang cukup mencabar untuk semua masyarakat termasuk wanita hamil. Oleh itu, perlindungan berganda perlu diamalkan oleh wanita hamil dan ahli keluarga lain.

Sama sama kita doakan keselamatan ibu ibu hamil, besar sungguh pengorbanan mereka bertarung nyawa untuk membawa kehidupan baru insan lain.Kesihatan--Kehamilan

Derma-darah

Menderma darah bukan sahaja memberi manfaat pada penerima, malah ada manfaat KESIHATAN pada penderma.

Kajian menunjukkan, risiko serangan jantung dan strok dapat dikurangkan apabila seseorang menderma darah.
Dalam satu kajian yang dibuat oleh sepasukan penyelidik bahagian Pentadbiran Perubatan Veteran di Amerika mendapati penderma mempunyai risiko yang kurang untuk mendapat sakit jantung atau strok apabila mereka menderma darah setiap 6 bulan.
Dalam kajian lain pula yang dibuat oleh John Hopkins University, sebanyak 2,682 sampel dari warga lelaki Finland telah diperiksa dan mendapati sesiapa yang menderma sekurang-kurangnya sekali dalam setahun mempunyai 88% risiko lebih rendah untuk mendapat penyakit jantung berbanding mereka yang tidak menderma.

Dermalah darah, banyak manfaatnya

 

hfmd_poster.jpg

 
Penyakit HFMD mudah menjangkiti orang lain terutamanya kanak-kanak di premis tempat tumpuan mereka seperti taska dan tadika. Bilangan kes HFMD dijangka akan terus meningkat kerana kesedaran dan keprihatinan ibu bapa membawa anak yang mengalami gejala HFMD berjumpa pengamal perubatan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan. Ini menyebabkan peningkatan kes kerana HFMD adalah penyakit yang perlu dinotifikasikan kepada pihak kesihatan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Bagi tahun 2018, sehingga hari ini tiada kematian disebabkan HFMD atau enterovirus 71 (EV71) dilaporkan di Malaysia. 
 

Pihak KKM ingin mengingatkan orang ramai, khususnya ibu bapa, pengusaha taska/tadika/pra-sekolah serta pihak sekolah terlibat untuk:

  • tidak membawa anak yang dijangkiti HFMD ke tempat-tempat awam / sekolah / taska / tadika / pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan;
  • bawalah anak ke fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya menunjukkan gejala HFMD.
  • sentiasa mengamalkan budaya mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan selepas menyentuh / merawat lepuh;
  • membersihkan alatan mainan dan perkakasan yang digunakan oleh kanak-kanak serta lantai rumah termasuk tandas dengan menggunakan larutan campuran kloroks;
  • memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuat dengan betul; dan
  • membuat saringan di pintu masuk bagi memastikan kanak-kanak tiada tanda-tanda jangkitan HFMD sebelum masuk ke kelas.

 

Jika anak-anak anda mengalami kesukaran membaca, menulis ataupun memahami sesuatu benda, mungkin mereka sedang mengalami sejenis masalah pembelajaran khusus yang kerap berlaku, iaitu Disleksia.
Ia berkaitan dengan perbezaan cara otak berfungsi dalam menghubungkan simbol visual dengan bunyi.
Anda dinasihatkan untuk merujuk dengan pegawai perubatan jika mereka mempunyai ciri-ciri Disleksia seperti berikut.

 

Disleksia

Hospital Raub, Jalan Tengku Abdul Samad, 27600 Raub, Pahang

peta_hospital_raub.png