Menjalankan perniagaan setiap hari SELASA, RABU, JUMAAT DAN AHAD di Bulatan Bukit Koman, Apam Balik Adek Ah boleh didapati disini. Menyediakan kepelbagaian perisa antaranya apam balik biasa, coklat, nestum, coteq (telur) dan juga Apam Balik Besar.

Selain itu juga turut menyediakan Pakej Katering Apam Balik Adek Ah bagi menyerikan lagi majlis keraian anda :

min order 600pcs (RM 300)
max order 1000pcs (RM 500)

Percuma: 
apam balik coklat untuk pengantin

Untuk tempahan,hubungi:
0169505273 (asraf)

Encik Nor Azimal Bin Jamaludin seorang pengendali madu kelulut yang berlokasi di Desa Lestari Kampung Peruas, Ulu Dong. Madu kelulut umumnya bewarna lebih jernih berbanding madu lebah. Madu kelulut di sini mendapatkan sumber makanannya daripada bunga-bunga yang terdapat di sekitar Pulau Chekas. Di samping itu juga, pengendali kelulut turut menanam pokok belimbing buluh dan belimbing besi. Hasilnya, kelulut tersebut menghasilkan madu yang berasa manis dan sedikit masam. 

Khasiat madu kelulut ini tidak dapat dinafikan lagi dalam mengubati pelbagai penyakit seperti kencing manis, strok dan banyak lagi. Selain madu kelulut, propolis dan bee bread atau roti lebah kelulut turut mempunyai khasiatnya tersendiri dari aspek kesihatan mahupun kecantikan. 

Sebarang keterangan lanjut boleh hubungi pengendali madu kelulut :

Encik Nor Azimal Bin Jamaludin di talian 019 - 377 2989

 

 

CENDAWAN

Cendawan yang dikenali ramai ialah cendawan butang(Agaricus bisporus), yang berbatang pendek dan bahagian atasnya berbentuk payung atau cuping. Namun banyak lagi cendawan yang berbentuk lain.

Cendawan turut diiktiraf sebagai herba yang berguna pada manusia. Sesetengahnya tumbuh meliar manakala sesetengah lagi ditanam oleh manusia sebagai makanan serta untuk perubatan. Kajian mendapati cendawan boleh mengurangkan kandungan gula dan menambah insulin di dalam darah, membunuh beberapa jenis virus yang membawa penyakit berjangkit dan turut berperanan sebagai agen mempertahankan badan dari serangan barah. Terdapat juga cendawan yang beracun.

Cendawan boleh digunakan secara segar seperti dimakan sebagai sayur. Selain itu pada masa sekarang kebanyakan cendawan ini telah dijadikan serbuk didalam bentuk kapsul. Ini untuk memudahkan para pengguna kerana cendawan yang segar agak terhad di dalam pasaran.

Beberapa penduduk di kawasan ini membuat perniagaan cendawan, dan pada permulaan perniagaan nya, beliau hanya memasarkan kepada orang di sekitar taman sahaja. Bila lama kelamaan perniagaan nya semakin baik, pasaran nya diluaskan lagi hingga memenuhi kehendak di kawasan raub ini. Sikap seperti ini yang perlu dicontohi oleh orang ramai, dimana sikap ingin mencuba dan tidak takut pada risiko.

 

 

 

KACANG GORENG (SEMPALIT)

Kilang kacang sempalit ditubuhkan oleh Encik Mao Qing pada tahun 1958. Kini, kilang ini dimiliki oleh anaknya yang bernama Mo jaifu. Kilang ini terletak di bahu jalan daripada Raub ke Kuala Lipis. Kilang ini telah lama beroperasi dan ianya dikatakan kilang kacang yang yang paling bersejarah di daerah Raub.

Dahulunya perniagaan ini hanya menggunakan teknik manual dari segi pembungkusan dan sistem pemanggangan kacang. Kini, semua proses tersebut telah digantikan dengan mesin dan sudah pasti kualiti kacangnya semakin baik dan berkualiti. Dahulunya kacang sempalit hanya di kenali di dalam Daerah Raub sahaja. Namun kini, satu Malaysia sudah mengetahui jenama kacang goreng sempalit ini, dan sangat diyakini kelazatan kacang ini

Diharap lebih ramai lagi untuk mencuba membuka perniagaan sendiri selain daripada dapat menjana kewangan sendiri malah dapat membantu kerajaan untuk menaikkan nama Negara Malaysia andai kata produk ini dieksport ke luar negara kelak.

 

Kompleks Pelancongan Homestay Pulau Chekas atau lebih dikenali dengan KOMPAC Chalet. Sebuah lokasi menarik berikutan tempat penginapan ini begitu hampir dengan Pulau Chekas dan Lata Jarum yang merupakan tempat rekreasi jauh dari kesibukan hiruk pikuk bandar. Bagi anda yang gemarkan suasana tenang dan begitu hampir dengan alam semulajadi, chalet ini sangat sesuai untuk dikunjungi.

Sebanyak 9 buah Chalet disediakan dimana pengunjung boleh memilih mahu kemudahan penghawa dingin ataupun hanya berkipas sahaja. Selain Chalet, homestay dan cabin antara pilihan lain yang disediakan. Sekiranya anda memilih untuk menginap secara homestay, harga yang dibayar merangkumi aktiviti-aktiviti kemasyarakatan, aktiviti sukan, mandi air terjun, air sungai, buggy car untuk kemudahan membawa ke kawasan sekitar termasuk melihat rafflesia dan lain-lain lagi. 

Harga chalet yang ditawarkan Rm60 (kipas), Rm120 (penghawa dingin)

Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi :

Encik Jamaludin Bin Haji Husin (Pengerusi JKKK Peruas) 019 - 963 8092

Encik Abd Rahim Bin Abd Latif (setiausaha Chalet Peruas) 013 - 988 2181

atau layari http://homestaykgperuas.blogspot.my

Alamat : Kg Peruas, Hulu Dong, Raub, Pahang