CENDAWAN

Cendawan yang dikenali ramai ialah cendawan butang(Agaricus bisporus), yang berbatang pendek dan bahagian atasnya berbentuk payung atau cuping. Namun banyak lagi cendawan yang berbentuk lain.

Cendawan turut diiktiraf sebagai herba yang berguna pada manusia. Sesetengahnya tumbuh meliar manakala sesetengah lagi ditanam oleh manusia sebagai makanan serta untuk perubatan. Kajian mendapati cendawan boleh mengurangkan kandungan gula dan menambah insulin di dalam darah, membunuh beberapa jenis virus yang membawa penyakit berjangkit dan turut berperanan sebagai agen mempertahankan badan dari serangan barah. Terdapat juga cendawan yang beracun.

Cendawan boleh digunakan secara segar seperti dimakan sebagai sayur. Selain itu pada masa sekarang kebanyakan cendawan ini telah dijadikan serbuk didalam bentuk kapsul. Ini untuk memudahkan para pengguna kerana cendawan yang segar agak terhad di dalam pasaran.

Beberapa penduduk di kawasan ini membuat perniagaan cendawan, dan pada permulaan perniagaan nya, beliau hanya memasarkan kepada orang di sekitar taman sahaja. Bila lama kelamaan perniagaan nya semakin baik, pasaran nya diluaskan lagi hingga memenuhi kehendak di kawasan raub ini. Sikap seperti ini yang perlu dicontohi oleh orang ramai, dimana sikap ingin mencuba dan tidak takut pada risiko.

 

 

 

KACANG GORENG (SEMPALIT)

Kilang kacang sempalit ditubuhkan oleh Encik Mao Qing pada tahun 1958. Kini, kilang ini dimiliki oleh anaknya yang bernama Mo jaifu. Kilang ini terletak di bahu jalan daripada Raub ke Kuala Lipis. Kilang ini telah lama beroperasi dan ianya dikatakan kilang kacang yang yang paling bersejarah di daerah Raub.

Dahulunya perniagaan ini hanya menggunakan teknik manual dari segi pembungkusan dan sistem pemanggangan kacang. Kini, semua proses tersebut telah digantikan dengan mesin dan sudah pasti kualiti kacangnya semakin baik dan berkualiti. Dahulunya kacang sempalit hanya di kenali di dalam Daerah Raub sahaja. Namun kini, satu Malaysia sudah mengetahui jenama kacang goreng sempalit ini, dan sangat diyakini kelazatan kacang ini

Diharap lebih ramai lagi untuk mencuba membuka perniagaan sendiri selain daripada dapat menjana kewangan sendiri malah dapat membantu kerajaan untuk menaikkan nama Negara Malaysia andai kata produk ini dieksport ke luar negara kelak.