Puan Zuraidah Binti Arshad merupakan seorang usahawan wanita yang memulakan perniagaannya pada 4 November 2009. Kini sudah 7 tahun melibatkan diri dalam bidang jahitan Pakaian Wanita. Jenis perniagaannya berbentuk perniagaan tunggal. Sudah berumahtangga dan mempunyai 3 orang cahaya mata.

Beliau seorang yang begitu aktif mengikuti pelbagai kursus antaranya, Kursus Asas Perniagaan, Kursus Jahitan Manik, Seni Sulaman Manik, Seminar Peningkatan Imej Perniagaan dan banyak lagi.

Setelah menghadiri pelbagai kursus memberikannya banyak pengalaman. Antaranya seorang tenaga pengajar dalam bidang sulaman manik yang diadakan di Giatmara Raub, Wanita Daerah Jerantut dan Ulu Gali Raub.

Selain itu juga, minat beliau yang mendalam dalam bidang penjagaan kecantikan dan kesihatan, beliau turut menghadiri Kursus Rawatan Moden Aromaterapi, Kursus Refleksologi dan Berbekam, Kursus Andaman dan solekan, dan lain-lain lagi. Malah, beliau turut menjual produk spa dan aromaterapi.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI1M

Sebelum melibatkan diri dengan PI1M, beliau hanya fokus dalam menjahit dan mengajar dalam bidang pakaian. Penggunaannya terhadap laptop/komputer begitu terhad. Namun, apabila beliau ingin mengembangkan lagi dunia perniagaannya, memerlukan beliau menyediakan kertas kerja yang banyak untuk menyokong lagi perniagaannya.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI1M

Kemudian beliau mengetahui tentang Pusat Internet 1Malaysia yang terletak di Taman Mutiara 1. Lokasinya yang strategik memudahkan ahli untuk berkunjung kerana tidak perlu lagi ke bandar, menempuh jalan yang sibuk sekadar hanya mahu fotostat, laminate, binding, menggunakan internet dan lain-lain lagi. Di sini sudah menyediakan kemudahan yang diperlukan. 

Melalui latihan yang diberikan, kini, beliau sudah mahir menyediakan Pelan Rancangan Perniagaannya sendiri.