Nama |
: NORHAZWANI BINTI ZULKIFLI |
Umur |
: 26 TAHUN |
Ahli |
: 08 OGOS 2014 |
LATAR BELAKANG
Seorang usahawan yang menjalankan perniagaan tudung dan pakaian yang mula diniagakan sekitar tahun 2019.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN BERSAMA PUSAT INTERNET
- Sebelum penglibatan bersama PI, beliau tidak mengetahui cara untuk mempromosikan produk beliau secara meluas melalui platform sosial media seperti facebook
SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN BERSAMA PUSAT INTERNET
- Beliau mempunyai keyakinan diri untuk menjual dan mempromosikan produk secara langsung (FB LIVE) di facebook. Dengan melakukan penjualan tudung secara langsung di facebook, beliau telah berjaya menjual 100 helai tudung sehari. Selain itu, produk beliau juga berjaya meraih jualan melalui fb ads.
APA YANG DIPELAJARI DI PUSAT INTERNET
- Latihan keusahawanan pemasaran dalam talian seperti membuat facebook page dan fb ads
- Cara promosikan produk melalui fb ads
- Live FB
Nama |
: SARAHANUM BT MUHAMMAD ALAUDDIN |
Umur |
: 25 TAHUN |
Ahli |
: 20 OGOS 2017 |
LATAR BELAKANG
Menjalankan perniagaan Wondercheese yang mula diniagakan sekitar Mei 2016. Beliau bukan sahaja menjalankan perniagaan ini malah turut mencari agen-agen yang turut berminat untuk menyertai peluang perniagaan ini.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN BERSAMA PUSAT INTERNET
- Sebelum penglibatan bersama PI teknik mengambil gambar produk beliau begitu hambar dan kurang menarik perhatian pelanggan.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN BERSAMA PUSAT INTERNET
- Selepas penglibatan bersama PI beliau mula mempelajari dan mula mempraktikkan teknik-teknik mengambil gambar produk dari pelbagai sudut.
APA YANG DIPELAJARI DI PUSAT INTERNET
- Latihan keusahawanan pemasaran dalam talian.
- Suntingan imej
- My shop
Nama |
: KARINA ANAK ANDONG |
Umur |
: 38 TAHUN |
Ahli |
: NOVEMBER 2017 |
Latar belakang
Karina Anak Kandong merupakan usahawan kelahiran Sarawak dan kini menetap di Daerah Raub. Minatnya yang mendalam terhadap bidang perniagaan dan semangat juang yang tinggi tidak pernah mematahkan semangat beliau dalam menceburi dan menerokai bidang perniagaan yang pelbagai dari segi makanan, mahupun aspek kesihatan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Promosi beliau sangat terhad hanya kepada sahabat-sahabat terdekat. Beliau hanya terikat dengan hasil yang direka oleh pihak pengiklanan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Promosi beliau kini mula tersebar melalui medium-medium perniagaan atas talian yang disediakan seperti di agrobazaar.com serta dashboard komuniti. Beliau mula mahir untuk mereka sendiri pengiklanan produknya.
Nama |
: RAJA ROZIMAWATI BINTI RAJA RAZLAN |
Umur |
: 44 TAHUN |
Ahli |
: NOVEMBER 2017 |
Latar belakang
Telah beroperasi sejak Januari 2016, Raja Rozimawati menjalankan perniagaan yang menjalankan pembuatan Homemade dan pengedaran produk berasaskan aneka jenis Roti , Biskut, Kerepek , Katering dan kuih muih Tradisional.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Beliau tidak mempunyai kemahiran dalam sebarang perisian komputer serta kurang pendedahan dalam menggunakan platform digital.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet
Beliau mampu membuat Rancangan Perniagaan untuk memohon bantuan perniagaan. Promosi beliau diperluaskan menggunakan platform digital yang lain seperti agrobazaar.com dan dashboard komuniti.
Nama |
: AHMAD FADZIL B KHIRUDIN |
Umur |
: 28 TAHUN |
Ahli |
: MAC 2018 |
Latar belakang
Ahmad Fadzil bertugas di Pejabat FAMA Daerah Raub. Beliau bertanggungjawab untuk mereka bentuk bahan promosi program yang diadakan oleh Pejabat FAMA.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
- Beliau menggunakan microsoft powerpoint untuk mereka bentuk bahan promosi program dan ada kalanya mendapatkan khidmat terus daripada kedai pencetakan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
- Selepas menyertai kursus yang diadakan, idea dan kemahiran mereka bentuk beliau bertambah dan mula mahir menggunakan software adobe photoshop dan adobe illustrator untuk menghasilkan bahan promosi yang lebih menarik serta terkini.