Puan Zuraidah Binti Arshad merupakan seorang usahawan wanita yang memulakan perniagaannya pada 4 November 2009. Kini sudah 7 tahun melibatkan diri dalam bidang jahitan Pakaian Wanita. Jenis perniagaannya berbentuk perniagaan tunggal. Sudah berumahtangga dan mempunyai 3 orang cahaya mata.

Beliau seorang yang begitu aktif mengikuti pelbagai kursus antaranya, Kursus Asas Perniagaan, Kursus Jahitan Manik, Seni Sulaman Manik, Seminar Peningkatan Imej Perniagaan dan banyak lagi.

Setelah menghadiri pelbagai kursus memberikannya banyak pengalaman. Antaranya seorang tenaga pengajar dalam bidang sulaman manik yang diadakan di Giatmara Raub, Wanita Daerah Jerantut dan Ulu Gali Raub.

Selain itu juga, minat beliau yang mendalam dalam bidang penjagaan kecantikan dan kesihatan, beliau turut menghadiri Kursus Rawatan Moden Aromaterapi, Kursus Refleksologi dan Berbekam, Kursus Andaman dan solekan, dan lain-lain lagi. Malah, beliau turut menjual produk spa dan aromaterapi.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI1M

Sebelum melibatkan diri dengan PI1M, beliau hanya fokus dalam menjahit dan mengajar dalam bidang pakaian. Penggunaannya terhadap laptop/komputer begitu terhad. Namun, apabila beliau ingin mengembangkan lagi dunia perniagaannya, memerlukan beliau menyediakan kertas kerja yang banyak untuk menyokong lagi perniagaannya.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI1M

Kemudian beliau mengetahui tentang Pusat Internet 1Malaysia yang terletak di Taman Mutiara 1. Lokasinya yang strategik memudahkan ahli untuk berkunjung kerana tidak perlu lagi ke bandar, menempuh jalan yang sibuk sekadar hanya mahu fotostat, laminate, binding, menggunakan internet dan lain-lain lagi. Di sini sudah menyediakan kemudahan yang diperlukan. 

Melalui latihan yang diberikan, kini, beliau sudah mahir menyediakan Pelan Rancangan Perniagaannya sendiri.

 

En Fauzee merupakan seorang pelatih Giat Mara Cawangan Raub, mengambil jurusan bakeri kerana minatnya yang mendalam dalam bidang kulineri. Umur bukanlah penghalang seseorang untuk menimba ilmu meskipun kini sudah berumur 39 tahun. Dalam aspek ICT, beliau mempunyai pengetahuan dalam menggunakan komputer.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT/PENGLIBATAN PUSAT INTERNET 1MALAYSIA (PI1M)

Sebelum mengikuti kursus yang dianjurkan oleh PI1M, kemahiran beliau menggunakan komputer hanya terhad kepada Microsoft Office, melayari internet seperti youtube, facebook dan laman web tertentu sahaja. 

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN PI1M

Setelah mengikuti Kursus Keusahawanan di Giat Mara Cawangan Raub, beliau sekali lagi menyertai Kursus Keusahawanan yang dianjurkan oleh pihak PI1M Taman Mutiara 1. Beliau didedahkan dengan pelbagai platform untuk menjadi usahawan dan menambah ilmu pengetahuan dalam bidang ICT. Beliau kini mempunyai laman blog sendiri dan berkemahiran untuk mencipta laman blog yang boleh menarik minat pembaca. Selain daripada itu, beliau juga diperkenalkan dengan aplikasi Dashboard iaitu MyShop

12031632_926249334109700_2539300912198151156_o.jpg

Nurul Natasya Binti Abdullah merupakan seorang usahawan muda berumur 24 tahun. Beliau kini sudah mula memiliki kedainya sendiridi Lot PT7602 Jalan Simpang Kallang, Mukim Gali, 27600 Raub, Pahang. Beliau menjalankan perniagaan jahitan baju lelaki, wanita dan kanak-kanak. Di samping itu juga beliau turut menjual pelbagai aksesori dan pakaian wanita.

Nurul Natasya turut menghadiri kelas yang diadakan oleh Pusat Internet 1Malaysia Taman Mutiara 1 bagi memantapkan lagi dan memudahkan urusan perniagaannya seperti pembelajaran Microsoft Excel, kemudahan perbankan, pembelian keperluan jahitan secara dalam talian dan lain-lain.

                                 10411878_1005801169487849_2166580363745985492_n.jpg12642821_985594604841839_3542802343679074587_n.jpg

Antara koleksi pakaian yang sudah siap dijahit demi memenuhi permintaan pelanggannya. 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Muhammad Asraf Bin Che Awang. Seorang anak jati yang berasal dari Kg Sri Jelu minatnya di dalam bidang perniagaan sangat tinggi. Berumur 28 tahun sudah berkahwin dan kini mempunyai seorang anak. Kini bekerja di syarikat swasta di samping mengadakan perniagaan sampingan.

Beliau bersama ahli keluarganya telah membuka sebuah kedai makan "Kak Mah Corner" pada bulan april yang lalu  dan beliau telah dipertanggungjawabkan di dalam menguruskan hal-hal berkaitan kewangan dan promosi kedai. Pada awalnya, promosi hanya terhad dilakukan di dalam facebook sahaja kerana ianya merupakan platform yang mudah untuk memasarkan produk dan mempunyai ramai pengguna. Untuk rekod kewangan pula, beliau hanya merekodkannya di dalam buku nota dan hasil pengolahan gambar hanya menggunakan telefon pintar sahaja.

Kini, selepas beliau mengikuti kursus keusahawanan, media massa dan adobe photoshop di Pusat Internet 1Malaysia Taman Mutiara 1, beliau dapat mempromosikan perniagaannya secara lebih meluas lagi. Tambahan kini, beliau dalam proses untuk mempelajari blog serta media sosial yang lain bagi mempelbagaikan promosi dan mengembangkan lagi perniagaannya. Melalui latihan kewangan pula, beliau telah mempelajari bagaimana untuk merekod kewangan perniagaan untuk menjadi lebih efisyen, kemas dan teratur. Selain itu juga, beliau turut mencipta iklan sendiri menggunakan software adobe photoshop.