Nama

: SITI KHADIJAH BT ZAKARIA

Umur

: 37 TAHUN

Ahli

: OGOS 2017

 

Latar belakang

Siti Khadijah merupakan seorang usahawan fertigasi cili bara yang diusahakan di kawasan halaman rumah bersama suami beliau. Mengusahakan  kira-kira 1000 polibag fertigasi cili bara disamping cili besar dan pokok tin.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Beliau memasarkan produk secara atas talian di laman facebook bermula pada Jun 2017.  Tidak ramai pembeli dari luar daerah yang mengetahui perniagaan yang diusahakan oleh beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dihadiri di PI1M Taman Mutiara 1, beliau memperluaskan promosi produk di laman My Shop Dashboard Komuniti dan agrobazaar.com.my. Selain daripada itu, serba sedikit beliau telah mempelajari cara untuk membuat logo dan banner secara atas talian.

cili_bara_kak_siti.jpeg cili_bara.png

Nama

: Muhammad Darwisy Haziq

Umur

: 9 Tahun

Ahli

: April 2015

 

Latar belakang

Darwisy merupakan anak ke 4 dalam keluarga. Beliau merupakan antara komuniti yang terawal mendaftar sebagai ahli pusat internet. Sehingga kini, beliau merupakan salah seorang ahli yang aktif dan sering berkunjung ke pusat internet.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

 Pada awal penubuhan PI1M, beliau baru berusia 7 tahun. Beliau tidak mempunyai kemahiran menggunakan komputer dan hanya berkunjung ke PI1M untuk menemani kakak dan abangnya. Beliau hanya tahu bahawa kegunaan komputer adalah untuk bermain permainan atas talian dan melayari youtube.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Selepas beliau mengikuti kelas-kelas yang diadakan oleh petugas, beliau telah pandai menggunakan komputer dengan lebih baik dan yakin. Beliau seorang yang aktif melibatkan diri dalam segala kelas dan aktiviti yang dianjurkan oleh PI1M.

Oleh kerana beliau rajin mengikuti kelas anjuran PI1M, banyak ilmu pengetahuan yang beliau perolehi; dari zero to hero. Kini, beliau mempunyai pengetahuan asas dalam Microsoft office, membuat video serta menyunting gambar, melayari laman e-pembelajaran dan kesedaran keselamatan atas talian (KDB).

darwisy_haziq1.pngdarwisy_haziq.png

 

Bagaimana anda menggunakan internet/ict untuk mencapai kejayaan anda, sila huraikan cerita anda

Saya bekerja sebagai pembantu pusat sumber (KEMAS) Kg Pamah Kulat, Dong Raub Pahang. Kerja saya banyak menggunakan komputer terutama Microsoft office. Saya agak kurang mahir dalam penggunaan komputer. Oleh itu, saya hanya menggunakan kemahiran yang ada untuk melakukan tugasan harian sebagai contoh rekod pengguna, kewangan, pinjaman buku dan sebagainya.

     Bagaimana anda memperbaiki hidup anda setelah mempelajari cara penggunaan internet/ict.

Setelah mengikuti Kursus Asas Microsoft Office dan Kursus Asas Pemasangan dan Penyelengaraan Komputer di Pi1m Taman Mutiara 1, saya dapat menambah ilmu pengetahuan dan memperbaiki kemahiran terutama dalam Microsoft word, excel dan pengendalian komputer dengan lebih baik. Selain daripada itu,dengan menghadiri kursus tersebut dapat membuka minda saya dan celik it. Kesimpulannya, banyak ilmu yang amat berguna diperolehi yang boleh saya praktikan dalam pekerjaan.

 

       Bersama-sama ini dilampirkan Kisah Kejayaan Puan Rohana Bt Ibrahim.

 

 

Nama

: Suhaily Binti Hassan

Umur

: 44 Tahun

Ahli

: November 2015

 

Latar belakang

Puan Suhaily merupakan seorang suri rumah tangga, mempunyai 4 orang cahaya mata. Beliau membantu suaminya, En Sedhi dalam mempromosikan perniagaan tempahan hasil kayu Palet Pine kepada orang ramai. Memulakan perniagaannya sekitar tahun 2012.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Cara beliau mempromosikan perniagaan adalah melalui aplikasi whatsapp dan hebahan mulut ke mulut.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Beliau merupakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang mewakili wanita Taman Mutiara 1 dalam Program Dashboard Komuniti di PI1M. Sejak pelancaran Dashboard Komuniti beliau tertarik untuk memasarkan produk ke dalam aplikasi Myshop. Melalui kelas dan taklimat yang telah diberikan, beliau berjaya mempromosikan kayu palet ke dalam My Shop dan mudah.my. Beliau juga berminat untuk meluaskan promosi melalui media sosial seperti facebook,Instagram,blog pada masa akan datang. 

palet_pine.png

 

Latar belakang

Kamal Aiman merupakan pelajar tingkatan 2 di SMK Seri Raub. Beliau baru berjinak dalam bidang keusahawanan pada awal tahun ini dimana beliau membantu  dalam mempromosikan produk milik abangnya iaitu Pomade.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Tiada pendapatan bulanan kerana beliau tidak mempunyai bahan promosi untuk ditunjukkan kapada rakan sebaya dan orang ramai.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Beliau merupakan skuad volunteer dan aktif melibatkan diri dalam aktiviti serta kelas yang dianjurkan oleh pihak Pusat Internet Taman Mutiara 1. Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Taman Mutiara 1, beliau kini telah memiliki katalog Pomade hasil rekaan sendiri dan video untuk mempromosikan produk beliau. 

 

Bersama-sama ini dilampirkan Kisah Kejayaan Kamal Aiman.