Program Gerak Rahmah 2023 telah jayanya diadakan di Balairaya Taman Mutiara 1 pada 24 Jun 2023. Program ini adalah program serentak satu negara menerusi kempen "Jom Bersih dan Indah". Komuniti yang terlibat terdiri daripada KRT KG SempaM Baru, SRS Kg Sempam Baru serta Pusat Ekonomi Digital Taman Mutiara 1.

Kerja -kerja pembersihan dilakukan bersama-sama sehingga selesai. Aktiviti ini dapat memupuk semangat kejiranan yang tinggi disamping menjadikan persekitaran yang bersih dan selamat. 

 

Pada 20 Mei 2023 telah berlangsung Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2023 dan Hari Keluarga buat komuniti Taman Mutiara 1. Majlis sungguh meriah dan disambut baik oleh komuniti setempat. Antara aktiviti yang turut dijalankan adalah sesi pemberian duit raya kepada kanak-kanak dan golongan OKU, sumbangan kepada mereka yang bakal menunaikan haji serta saguhati kenang- kenangan kepada warga emas yang berusia 80 tahun ke atas. Cabutan bertuah juga diadakan dengan pelbagai hadiah. 

Gotong-royong memasak dilakukan untuk menjamu tetamu yang datang. Antara menu yang disediakan adalah lemang, rendang daging, sate ayam, pecal, mee kari serta buah -buahan. Suasana seperti ini mengeratkan hubungan kekeluargaan masyarakat yang tinggal di kawasan setempat.

 

 

1_jamuan.jpg2_jamuan.jpg4_jamuan.jpg3_jamuan.jpeg5_jamuan.jpg6_jamuan.jpg

Pada 30 Jun 2019, Jawatankuasa Kebajikan Taman Mutiara 1 (JKKTM1) dengan jayanya telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2019/1440H bertempat di Perkarangan Pusat Internet Taman Mutiara 1.  Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri dianjurkan bagi meraikan kedatangan Bulan Syawal disamping merapatkan hubungan silaturahim dan ukhwah dalam kalangan tetamu yang hadir. Berbagai juadah dan hidangan yang enak disediakan serta pemberian duit raya kepada kanak-kanak, oku, anak yatim dan warga emas, cabutan bertuah dan cenderahati kepada pelajar cemerlang SPM 2019 turut diberikan.

  

WhatsApp_Image_2017-12-15_at_10.01.44.jpeg WhatsApp_Image_2018-01-16_at_10.57.22.jpeg

Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Ujian Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) diatas kejayaan mendapatkan keputusan cemerlang. Di atas inisiatif Pengerusi dan Biro Pendidikan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Sempam Baru menyampaikan sijil penghargaan dan sedikit sumbangan kepada pelajar yang terlibat. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada pelajar yang berjaya dan jawatankuasa JKKK Kampung Sempam yang menganjurkannya.