ncov-pink-01

Coronavirus (CoV) adalah sejenis virus yang boleh menyebabkan jangkitan saluran pernafasan. Terdapat beberapa jenis coronavirus seperti severe acute respiratory syndrome coronavirus (SARS) dan Middle East Respiratory syndrome-relatedcoronavirus (MER-CoV). Coronavirus terbaru yang ditemui di China adalah Novel Coronavirus 2019 (2019-nCoV). Jangkitan Coronavirus boleh menyebabkan spektrum gejala daripada selesema biasa kepada radang paru-paru (pneumonia) yang teruk.

Novel Coronavirus atau 2019-nCoV adalah virus corona yang baru dan kkm sentiasa berhubung dengan pihak antarabangsa termasuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk mempelajari characteristic and behavior virus ini. 

KKM dan badan-badan kesihatan dunia semuanya tiada pengalaman menangani virus 2019-nCoV ini, walaubagaimana pun KKM mempunyai pengalaman menangani virus lain dalam kumpulan ini seperti SARS dan MERS CoV.

Gejala radang paru-paru (pneumonia) 2019-nCOV adalah demam, batuk dan sukar bernafas.