Pusat Ekonomi Digital  (PEDi) merupakan projek kerajaan Malaysia dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.

 

 OBJEKTIF PENUBUHAN :
  •  Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan
  • Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.
  • Meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet Komuniti.
  • Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
  • Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.
 PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN :
 
Pusat Ekonomi Digital keluarga Malaysia (PEDi) menawarkan latihan ICT secara percuma kepada semua pengguna yang telah mendaftar sebagai ahli. Antara latihan yang disediakan ialah :
 
  • Pengenalan asas komputer
  • Asas internet
  • Aplikasi elektronik (e-kerajaan, e-pembelajaran, e-dagang)
  • Desktop publishing seperti Microsoft Office (atas permintaan)
  • Latihan keusahawanan
 
 JUMLAH KEAHLIAN :
 
Pusat Ekonomi Digital  (PEDi) telah membuka keahlian kepada orang ramai sejak mula beroperasi pada 19 MAC 2015. Ramai telah mendaftar diri dengan Pusat Ekonomi Digital  (PEDi) bagi mendapat perkhidmatan yang telah kami sedia. Jumlah ahli terkumpul sehingga kini adalah
 

KEAHLIAN PEDI TAMAN MUTIARA 1

 

JUMLAH KESELURUHAN SEHINGGA 31 JULAI 2023

1057 ORANG

 
 
 KENALI PETUGAS PEDi :

Untuk menjadi petugas PEDi, kami harus melalui beberapa proses sebelum secara sah dilantik menjadi petugas PEDi. Tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan. Kenali kami :

 
PENGURUS
 WhatsApp_Image_2018-10-09_at_16.03.13.jpeg
Nama : Norhamizah Binti Zulkifli
Mula berkhidmat : 1 JUN 2014
 
 
PENOLONG PENGURUS
 
 
Nama : Siti Norasikin Binti Ariffin
Mula berkhidmat :17 Mac 2023