Jom sertai 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐑𝐔 𝐎𝐍𝐋𝐈𝐍𝐄 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 𝐈𝐍𝐓𝐄𝐑𝐍𝐄𝐓 (𝐏𝐈)

𝐒𝐲𝐚𝐫𝐚𝐭-𝐬𝐲𝐚𝐫𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐭𝐚𝐧𝐝𝐢𝐧𝐠𝐚𝐧 :
i. Mempunyai produk jualan dan belum ada akaun jualan dalam talian (Barangan Larangan tidak dibenarkan)
ii. Ahli Pusat Internet kelolaan TM/MSD dan Warganegara Malaysia
iii. Berumur 18 tahun dan ke atas
iv. Wajib mengisi Borang Penyertaan dan mengikuti kelas dan bengkel yang ditetapkan (Shopee atau Lazada)
v. Perlu menyertakan Invois dan rekod Jualan bulanan (Cetak dari Platform yang digunakan) kepada Petugas untuk dihantar bersama Laporan Akhir
vi. Pemenang akan dipilih berdasarkan peratus keuntungan dan Jumlah jualan. Hanya peserta yang mempunyai jualan sekurang kurangnya 30% dan ke atas dalam tempoh pertandingan sahaja akan diambil kira untuk penentuan pemenang tanpa mengira bulan dalam tempoh pertandingan.

Pemenang setiap Negeri yang terdapat Pusat Internet di bawah kelolaan TM/MSD

𝗛𝗮𝗱𝗶𝗮𝗵 𝗱𝗶𝘁𝗮𝘄𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻 𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 𝘀𝗲𝗽𝗲𝗿𝘁𝗶 𝗯𝗲𝗿𝗶𝗸𝘂𝘁 :
• Tempat Pertama RM 4000.00
• Tempat Kedua RM 3000.00
• Tempat Ketiga RM 2000.00
• Tempat Keempat RM 1500.00
• Tempat kelima RM 1000.00

Untuk keterangan lanjut bolehlah menghubungi kami di Pusat Internet Taman Mutiara 1.

shopee