Majlis Khatam Al Quran Perdana 2020 telah diadakan pada 21 Disember 2020 di Masjid Al Muttaqin. Majlis penutup dirasmikan oleh Encik Khairul Azri bin Kamaruddin (Pengerusi Masjid) yang telah berlangsung dengan jayanya. Seramai 5 orang peserta khatam Al-Quran diraikan dalam majlis ini. Majlis ini sangat sesuai diadakan pada setiap tahun bagi sentiasa menyemai cinta kepada Al-Quran di samping merapatkan hubungan silaturahim antara ahli jemaah.