Sukaneka Tadika Kemas Taman Mutiara 1 telah diadakan pada 28 Julai 2018. Pelbagai aktiviti telah dijalankan disamping dapat menjalinkan hubungan yang lebih erat antara pendidik dan ibu bapa.

Hari Graduasi Tadika KEMAS Taman Mutiara 1 ini telah diadakan pada 11 November 2017. Majlis ini bagi meraikan anak-anak yang sudah menamatkan pembelajaran di Tadika KEMAS bagi sesi 2017 sebelum melangkah ke alam persekolahan Sekolah Rendah. Antara tetamu yang hadir bagi memeriahkan majlis ini antaranya Pengerusi JKKK Kampung Sempam Baru, Encik Khairul Azri Bin Kamaluddin, Pengerusi Tabika KEMAS Taman Mutiara 1 Encik Rahim Bin Md Jam, Naib Pengerusi Tabika KEMAS Taman Mutiara 1 Encik Shafei Bin Saad dan ibu bapa turut memberikan sokongan kepada anak-anak.

Hari Graduasi ini dijalankan dengan begitu gilang gemilang sekali. Majlis telah dirasmikan oleh Puan Ramlah Binti Ghani selaku wakil dari KEMAS Daerah Raub. Tahniah diucapkan kepada Cikgu Jumelah Bt Ngah Dimin selaku pendidik Tadika KEMAS Taman Mutiara 1.

 

Sukaneka Tabika Kemas Taman Mutiara 1 telah berjaya diadakan pada 5 Ogos 2017. Pelbagai acara menarik telah dijalankan bukan sahaja untuk anak-anak tadika, malahan, untuk ibu bapa juga bagi tujuan untuk mengeratkan hubungan semua.

Sambutan Hari Sukan Negara telah di isytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah pro aktif didalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation).
Hari Sukan Negara ini telah diadakan pada peringkat Tabika Kemas Taman Mutiara 1. Pelbagai aktiviti telah dilakukan antaranya berjoging sekitar perumahan Taman Mutiara 1 dan acara-acara sukan bukan sahaja untuk anak-anak tabika namun orang luar juga turut serta memeriahkan program ini.

Tadika Kemas Taman Mutiara 1

 

Tadika Kemas Taman Mutiara 1 ini telah dikendalikan oleh Cikgu Jumelah selaku tenaga pengajar di sini. Berikutan landskapnya yang cantik, tadika ini telah memenangi Juara Landskap 2 kali berturut. Boleh klik link di bawah ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/pahang/juara-landskap-dua-kali-berturut-1.395445