118791130 114045060434430 4530845709307241243 n

 

Labu Labi restaurant & cafee ini menyediakan hidangan makanan western yang beroperasi di No 8, Tingkat bawah, jalan pusat komersil utama, Pusat komersil, Raub Pahang. Ianya dibuka bermula jam 9.00 pagi-10.00 malam. Untuk info lanjut sila klik link https://www.facebook.com/labulabirestaurantcafe/?ref=page_internal 

 

D'sungai merupakan salah satu port santai menarik yang terdapat di daerah raub. Lokasinya terletak di batu malim raub. Di D'sungai ini terdapat pelbagai jenis makanan dan minuman yang menarik untuk dinikmati bersama keluarga dan rakan-rakan. Antara menunya adalah laksa, mee kari, abc, pisang goreng dan lain-lain. 

 

FB PAGE : https://www.facebook.com/kiosk.dsungai

130246663 209514600735095 8811150241082823147 n

 

Satay Obama atau lebih dikenali dengan nama Satay Pak Harun. Kini sudah 35 Tahun beroperasi namun lebih dikenali pada akhir-akhir ini apabila satay beliau dhidangkan ketika Sidang Kemuncak ASEAN ke-27 dan Sidang-sidang Kemuncak Berkaitan pada 21 November 2015 di mana Malaysia menjadi tuan rumah bagi persidangan tersebut.

Beroperasi di depan Hospital Raub, 'Satay Pak Harun' yang tersohor itu, telah diperkenalkan kepada Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.

Waktu Berurusniaga : 6 petang - 12 malam.

No. Telefon : 013 - 938 3626, 017 - 288 5242, 013 - 945 0455, 013 - 276 5036

Alamat : No. 4, Gerai Majlis, Jalan Tengku Abdul Samad, 27600 Raub, Pahang.

 

ANTARA LINK YANG MENCERITAKAN TENTANG SATAY PAK HARUN :

http://www.pmo.gov.my/home.php?menu=newslist&page=1731&news_id=16464&news_cat=13

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pemimpin-asean-bersongket-makan-sate-pada-majlis-makan-malam-gala-81874

http://www.thestar.com.my/metro/community/2016/05/09/tasty-satay-that-is-a-hit-with-royalty/

http://www.thestar.com.my/metro/community/2016/06/22/discover-raub-app-a-huge-success-chew-in-just-a-month-almost-one-million-have-used-it/

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2015/11/21/makan-malam-gala-asean/

http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2015/11/22/famous-raub-satay-treat-for-asean-regional-leaders/

 

RAUB NIGHT BAZAAR merupakan Pasar Malam Yang berkonsepkan Pasar Malam Sejahtera. RNB adalah sebuah produk dibawah PERSATUAN GENERASI PENIAGA BARU RAUB PAHANG

 

           SAMBAL HITAM

         Sambal dikenali sebagai Sambal Hitam dan  cukup terkenal di negeri  Pahang Barat. Sambal hitam hanya boleh ditemui di sekitar Jerantut, Kuala Lipis dan Raub. Cara pemakanan sambal ini adalah dengan makan bersama nasi putih, pulut, lempeng dan seumpamanya. Bahan asasnya adalah daripada belimbing buluh. Bahan ini kemudian akan direneh di atas api sehingga airnya kering. Apabila teknik mereneh dan cara penyimpanannya yang betul, tidak mustahil belimbing buluh ini mampu bertahan dalam tempoh yang agak lama.

Selain itu juga, sambal hitam ini dijual secara kecil-kecilan untuk menambah pendapatan penduduk setempat. Makanan tradisi negeri Pahang yang diwarisi sejak turun temurun ini, menjadi identiti daerah ini kerana keistimewaannya yang tersendiri, mampu menambah selera makan sesiapa sahaja. Ramai yang berpendapat hanya mereka yang mahir sahaja mampu menghasilkan sambal hitam ini. Lazimnya, penyediaan untuk membuat sambal ini sebenarnya amat mudah dan cepat seperti membuat sambal lain. Ini adalah satu contoh produk tempatan yang ada dikawasan ini. Diharapkan produk seperti ini tidak dilupakan oleh para penduduk khasnya kepada warga muda supaya makanan tradisi ini tidak ditelan dek zaman.

 

ASAM ROM 

Perkataan asam rong ini berasal dari perkataan isirong iaitu merujuk kepada bahagian isi dalam buah dan perkataan asam itu digunakan kerana kaedah penyimpanan dan pembuatan asam rong ini sama dengan asam yang lain. Asam rong ini dipopularkan oleh penduduk di sebelah perkampungan mukim Ulu TembelingJerantutPahang. Pada asalnya asam rong ini diperbuat daripada buah perah iaitu sejenis buah yang didapati dari pokok perah yang tumbuh di dalam hutan tebal. Namun, menyedari sukarnya mencari dan mendapatkan buah perah ini penduduk di sini mula mencari alternatif lain dengan menggantikan dengan biji getah iaitu biji dari pokok getah.

 Pada masa kini, mereka menggunakan biji getah kerana ianya senang diperoleh berbanding dengan buah perah yang perlu dicari di dalam hutan tebal. Memandangkan kebanyakan penduduk di sini banyak menanam pokok getah sebagai sumber pendapatan utama mereka maka, penggunaan biji getah untuk membuat asam rong ini memudahkan mereka mendapatkan bahan tersebut.

Asam rong ini tidak mempunyai rasa masam seperti asam yang lain namun, ianya mempunyai rasa yang sedikit pahit dan lemak. Mungkin kerana ianya diperam berbulan-bulan lamanya. Lazimnya asam rom ini dimasak bersama ayam dan cili padi yang agak banyak.

Disebabkan penduduk setempat di kawasan ini ramai yang meminati kelazatan gulai daripada asam rom ini, ramai peniaga menyediakan juadah gulai ini di kedai-kedai makan untuk memenuhi kehendak citarasa penduduk di kawasan Raub ini. Tidak hairanlah jika asam rom ini merupakan salah satu makanan yang terkenal di Daerah Raub ini

  

TEMPOYAK

Ikan Patin Masak Asam Tempoyak

 Tempoyak dibuat dari isi buah durian. Isi durian ini diasingkan daripada bijinya dan ditambah dengan sedikit garam dan disimpan selama tiga hingga lima hari di dalam suhu bilik untuk proses penapaian. Tempoyak biasanya tidak di makan begitu sahaja tetapi selalunya di buat sambal atau dimasukkan ke dalam masakan seperti gulai tempoyak ikan patin, sambal tumis ikan bilis, pais tempoyak (ikan yang dibakar bersama tempoyak), sambal tempoyak (tempoyak yang digaul bersama cili padi kemudian dimakan begitu sahaja atau digoreng bersama ikan bilis). Namun, ianya juga boleh dimasak bersama ayam bergantung kepada selera masing-masing. 

Tempoyak sangat popular di negeri Pahang dan Perak, malah di Daerah Temerloh, Pahang gulai ikan patin masak tempoyak sangat popular di sana. Salah satu cara masakan menggunakan tempoyak ini di antara gulai tempoyak. Gulai ini biasanya dimasak bersama ikan, antara ikan-ikan yang sesuai digulai bersama tempoyak ialah ikan patin, ikan baung & ikan jelawat (ikan sungai). 

Bukan di Temerloh sahaja terkenal dengan gulai tempoyak ikan patin ini, malahan di kawasan daerah lain seperti Raub, Kuala Lipis dan Jerantut tidak kurang hebatnya. Disebabkan orang ramai meminati kelazatan gulai tempoyak ikan patin ini, para peniaga mengambil langkah kanan untuk membuat menu untuk di sediakan pada makan tengahari. Boleh dikatakan setiap kedai makan di kawasan raub ini akan menyediakan juadah ini untuk menarik minat orang ramai datang ke kedai masing-masing.