122

Terletak di kawasan Gali, Raub Pahang.Durian terbaik di Raub. Ladang ini terletak kira-kira 15 minit memandu dari bandar Raub.10 ekar  kawasan tanaman dan terdapat lebih daripada 400 pokok durian pelbagai kacukan. Antara pokok-pokok buah-buahan yang lain adalah manggis, rambutan, pulasan, pisang. Memancing juga adalah aktiviti lain yang kita boleh dinikmati di ladang tersebut.

Telefon: 0199659612

E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Laman Web: http://raubdurianorchard.blogspot.com/

FB PAGERaub Durian Orchard | Facebook 

rock mountain 

ROCK MOUNTAIN RESORT merupakan salah satu destinasi pelancongan yang terdapat di Raub,Pahang. Lokasinya terletak di LOT PT6900 (A),Kampung Sungai Ruan, 27600 Raub Pahang dimana ia menjadikan lokasi percutian anda tenang daripada kesesakan bandar. Terdapat pelbagai kemudahan dan aktiviti yang disediakan disini  antaranya ialah kolam renang untuk dewasa dan kanak-kanak, archery, flying fox dan sebagainya. Untuk maklumat lanjut boleh layari https://www.facebook.com/rmraubresort/

28871009_1231789143622535_298658758609862656_n.jpg

Pertandingan Mengenal Burung Antarabangsa ini merupakan aktiviti tahunan yang sering kali diadakan di Fraser's Hill. Ketika ini merupakan burung dari merata negara akan singgah disini dan dari situ lah pelbagai jenis burung akan ditemui. Jangan lepaskan peluang untuk menyertainya. Layari http://www.pahangtourism.org.my/birding/ untuk mengetahui maklumat lebih lanjut berkaitan aktiviti ini.

Bukit Fraser

Bukit Fraser terletak di dalam negeri Pahang, di atas Banjaran Titiwangsa , Malaysia. Bukit Fraser merupakan kawasan pelancongan pergununganyang menarik kerana suhunya sejuk 17~24 Celcius. Puncak tertinggi Bukit Fraser ialah 1,310 meter dari aras laut. Kira-kira 104 kilometer dari bandar raya Kuala Lumpur.  Bukit Fraser ini terletak di dalam Mukim Tras di Daerah Raub Pahang.

Bukit Fraser mendapat nama dari seorang pengembara British pada zaman kolonial iaitu Louis James Fraser. Terdapat pelbagai cerita menarik tentang beliau tetapi tidak begitu jelas termasuk beliau sebagai pengeluar dadah opium dan perjudian di antara para pelombong di Pahang.

Banyak bangunan dan banglo dibina mengikut cita rasa kolonial British. Dinding rumah dari batu konkrit besar yang disusun dan disimen. Warna dinding berwarna putih dengan diselang-seli warna hitam pada tiang jenang. Pagar rumah dibuat daripada pokok-pokok bunga . Lebar jalan raya agak terhad iaitu hanya dua lorong dan sukar untuk berselisih kereta. Tidak ada bas naik ke Bukit Fraser kerana jalan rayanya sempit, banyak selekoh berbahaya dan curam. Di sepanjang jalan , banyak tanah runtuh yang ditutup dengan kain plastik berbelang atau sedang diperbaiki.Kini bas boleh sampai ke puncak kerana jalan naik dan turun berasingan.Tiada lagi jadual untuk naik dan turun seperti dahulu. Menariknya tandas awam beroperasi 24jam dan bersih.

 

Bird Watching (Bukit Fraser)

Bukit Fraser adalah pusat penting bagi penggemar aktiviti memerhati burung. Stesen bukit mempunyai lebih 270 spesies burung tempatan dan burung yang berhijrah serata dunia telah datang hinggap ke sini. Aktiviti Tahunan Pertandingan Burung Antarabangsa yang diadakan di hujung minggu kedua bulan Jun setiap tahun, telah dianjurkan oleh Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser dengan kerjasama WWF. Ketika ini, ramai peserta seluruh dunia mula tertumpu di sini untuk menyertai pertandingan untuk melihat, mengenalpasti dan merekod pelbagai jenis spesis burung. Bukit Fraser yang kaya dengan kehijauan gunung ganang berikutan mempunyai puncak yang agak tinggi malah, di bantu dengan faktor suhu cuaca yang agak sejuk menggalakkan burung-burung untuk hinggap ke sini.

 

Lata Jarum

Lata Jarum adalah merupakan salah satu lagi destinasi pelancongan yang menarik berada di Daerah Raub. Ini kerana ia merupakan sebuah kawasan perkelahan air terjun yang penuh dengan keindahan alam semulajadi. Terletak hanya 2 kilometer dari kawasan perkelahan Pulau Chekas, perjalanan menaiki kenderaan menyusuri jalan berturap hanya mengambil masa beberapa minit sahaja. Menghampiri ke kawasan air terjun Lata Jarum, pengunjung akan di sambut oleh jeritan unggas rimba diselang-seli dengan deruan air dari air terjun Lata Jarum.

Tidak diketahui bagaimana Lata Jarum mendapat namanya, tetapi mungkin daripada kesejukan airnya yang sejuk sehingga mencucuk ke tulang. Sesuai dengan namanya sebagai Air Terjun Lata Jarum, kawasan sungai di sini berbatu-batan dan aliran airnya agak deras. Namun begitu terdapat juga kawasan yang airnya agak tenang dan mempunyai kawasan tepi sungai yang berpasir, sesuai untuk bersantai dan bermain air. Di sini, disediakan kemudahan seperti tandas awam, bilik menyalin pakaian, surau, ruang untuk berkhemah, bangku-bangku yang di payungi rimbunan pokok hutan, dewan dan kafeteria.

Bagi pengunjung yang ingin bermalam di sini, terdapat 2 pilihan tempat tinggal, bermalam di dalam khemah canvas ataupun bermalam di dalam chalet yang di perbuat daripada buluh. Bermalam di chalet buluh mampu memberikan satu pengalaman baru dan pengusaha chalet di Lata Jarum boleh uruskan. Aktiviti 'jungle tracking' turut boleh dilakukan.  

 Jeram Besu

 

Jeram Besu juga merupakan kawasan destinasi yang menarik di Daerah Raub. Ini kerana ia terletak di Sungai Lipis dan berada 6km sebelum Bandar Benta, 30km dari Bandar Raub dan juga merupakan tempat rekreasi yang di kenali di dalam dan luar negara kerana ia tempat yang mencabar dan sesuai untuk pelbagai aktiviti lasak seperti berkhemah, berakit, berkenu, kayak, merentas hutan dan sebagainya. 

Selain itu terdapat juga kemudahan yang di sediakan di sini seperti rumah istirehat, kenu, kayak dan sebagainya. ini kerana kedudukan Jeram Besu adalah ditengah - tengah kawasan yang juga berdekatan dengan kemudahan dan kedai

Lata Lembik Recreation Park

Lata Lembik, Raub, Pahang, Malaysia terletak 52km dari Bandar Raub. Mempunyai daya tarikan tersendiri di kaki banjaran Titiwangsa sempadan Pahang Perak. Perjalanan melalui Kampung Tradisional dan Perkampungan Asli Pos Buntu. Kawasan ini juga dipenuhi oleh batu-batan dan airnya yang jernih serta sejukKemudahan asas yang disediakan adalah seperti pondok rehat, surau, dewan serbaguna, tandas, chalet dan kemudahan lain untuk mandi-manda, berkhemah, trekking, padang kawat dan bersiar-siar.

Kemudahan di sini sesuai untuk aktiviti rekreasi berkumpulan oleh murid sekolah, pertubuhan sukarela, agensi kerajaan dan swasta, penuntut-penuntut dari pusat pengajian tinggi dan sebagainya. Berakit Sungai Lipis, 4x4, Seminar, Bengkel, Perkhemahan, Jungle Tracking Rafflesia, Barbeque, Berenang, Berjalan kaki merentasi Banjaran Titiwangsa Pahang - Slim River, Perak, Sewang dan pada malamnya aktiviti kebudayaan bersama kaum Asli dan Menyumpit. Terdapat 2 trek disediakan disini. Trek yang pendek mengambil masa 2 jam, manakala trek yang panjang mengambil masa 3 jam dengan pemandangan hutan yang menarik.