Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2024, mereka yang terdiri daripada kaum ibu bersama sama membanting tulang untuk memasak juadah. Mereka telah melakukan gotong-royong sebegini sejak dahulu lagi. Tidak dinafikan, aktiviti tersebut telah memjadikan mereka bertambah erat dan sentiasa mesra sesama jiran tertangga. 

Pada kali ini, antara menu juadah yang dimasak adalah rendang ayam, lemang, nasi impit, kuah lodeh, kari ayam dan juga nasi goreng untuk dijamu kepada mereka yang menghadiri majlis tahlil dan bacaan doa pada malam tersebut.