Majlis Tadabbur Al Quran yang dilangsungkan di Masjid Sempam adalah sempena aktiviti bulan Ramadan pada tahun ini. Peserta yang menyertai majlis ilmuan ini terdiri daripada wanita- wanita yang tinggal di kawasan sekitar. Program seperti ini sememangnya menarik dan mengeratkan silaturrahim sesama wanita. selain itu, pada bulan Ramadan umat islam amat digalakkan membaca Al Quran dan sudah pasti mendapat ganjaran pahala. Bulan Ramadan Bulan Al Quran.

 

 

Program anjuran KRT Kg Sempam Baru  membuat nasi manis/wajik  telah diadakan pada 23 Februari 2023. Nasi manis/wajik tersebut diberikan kepada keluarga pengantin yang akan mengadakan majlis perkahwinan pada minggu tersebut untuk diagihkan kepada tetamu. Mudah-mudahan dengan semangat gotong royong ini dapat mengeratkan ikatan silaturahim dalam kalangan komuniti disini.

 

Program membuat bubur asyura ini telah diadakan pada 19 September 2019. Program tahunan ini mendapat sambutan yang baik daripada komuniti disini. Mudah-mudahan dengan semangat gotong royong ini dapat mengeratkan ikatan silaturahim dalam kalangan komuniti disini.

 

Majlis Khatam Al Quran Perdana 2020 telah diadakan pada 21 Disember 2020 di Masjid Al Muttaqin. Majlis penutup dirasmikan oleh Encik Khairul Azri bin Kamaruddin (Pengerusi Masjid) yang telah berlangsung dengan jayanya. Seramai 5 orang peserta khatam Al-Quran diraikan dalam majlis ini. Majlis ini sangat sesuai diadakan pada setiap tahun bagi sentiasa menyemai cinta kepada Al-Quran di samping merapatkan hubungan silaturahim antara ahli jemaah.