Pastikan anda mengekalkan social distancing (penjarakan sosial) di antara satu sama lain jika anda perlu menyelesaikan urusan di luar rumah. Elakkan dari bersentuhan, apatah lagi bersalaman.

Ini penting dalam usaha kita mencegah penularan COVID19.

Anda juga perlu memastikan untuk sentiasa membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun.