Apakah Itu Pusat Internet (PI)?

Pusat Internet (PI) merupakan projek kerajaan dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) . Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.

Objektif Penubuhan

Penubuhan Pusat Internet (PI) adalah untuk merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan. Pusat Internet (PI) berusaha memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan mengenai teknologi komputer dan internet agar masyarakat luar bandar dapat meningkatkan taraf sosio-ekonomi masyarakat melalui kemudahan serta latihan yang diadakan di Pusat Internet 1Malaysia.

Pusat Internet (PI) Taman Mutiara 1 dirasmikan oleh YB Dato' Haji Khairul Anuar Bin Mahmood pada 12 September 2015 bersamaan 28 Zulkaedah 1436H.  

waktu_operasi.jpg

KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

Pusat Internet (PI) Taman Mutiara 1 menawarkan latihan ICT secara percuma kepada semua yang berdaftar sebagai ahli, antaranya:

~ Pengenalan Asas Komputer, Asas Internet, Aplikasi Elektronik ( E-Kerajaan, E-Pembelajaran, E-Dagang)

~ Desktop Publishing (Microsoft Office), Latihan Keusahawanan, Kelas Adobe Photoshop, Adobe Illustrator                                

Selain itu, Pusat Internet (PIK) Taman Mutiara 1 juga menyediakan perkhidmatan seperti berikut :

~ Internet, Printing, Scanning, Fotostat, Laminate, Binding, Zon internet tanpa wayar (wifi zone)

 

Email

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Alamat Portal

http://tamanmutiara.pjk.com.my

Facebook Page

PIK Taman Mutiara 1

https://www.facebook.com/PI1M-Taman-Mutiara-1-444501899037589/

 

Alamat

Pusat Internet (PI), Balai Serbaguna Taman Mutiara 1, Jalan Cheroh, Raub, Pahang.

  • 4.1km dari Bandar Raub
  • Berhampiran dengan Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ) / Puspakom Raub. 

 

LOKASI PUSAT INTERNET (PIK) TAMAN MUTIARA 1

                                  pi1m_google_map.png

       sumber : https://www.google.com.my/maps/place/Pusat+Internet+Taman+Mutiara+1,+Raub,+Pahang

 

LATITUDE : 3.8197955, LONGITUDE : 101.8443873