Muhammad Asraf Bin Che Awang. Seorang anak jati yang berasal dari Kg Sri Jelu minatnya di dalam bidang perniagaan sangat tinggi. Berumur 28 tahun sudah berkahwin dan kini mempunyai seorang anak. Kini bekerja di syarikat swasta di samping mengadakan perniagaan sampingan.

Beliau bersama ahli keluarganya telah membuka sebuah kedai makan "Kak Mah Corner" pada bulan april yang lalu  dan beliau telah dipertanggungjawabkan di dalam menguruskan hal-hal berkaitan kewangan dan promosi kedai. Pada awalnya, promosi hanya terhad dilakukan di dalam facebook sahaja kerana ianya merupakan platform yang mudah untuk memasarkan produk dan mempunyai ramai pengguna. Untuk rekod kewangan pula, beliau hanya merekodkannya di dalam buku nota dan hasil pengolahan gambar hanya menggunakan telefon pintar sahaja.

Kini, selepas beliau mengikuti kursus keusahawanan, media massa dan adobe photoshop di Pusat Internet 1Malaysia Taman Mutiara 1, beliau dapat mempromosikan perniagaannya secara lebih meluas lagi. Tambahan kini, beliau dalam proses untuk mempelajari blog serta media sosial yang lain bagi mempelbagaikan promosi dan mengembangkan lagi perniagaannya. Melalui latihan kewangan pula, beliau telah mempelajari bagaimana untuk merekod kewangan perniagaan untuk menjadi lebih efisyen, kemas dan teratur. Selain itu juga, beliau turut mencipta iklan sendiri menggunakan software adobe photoshop.