Pada 20 Mei 2023 telah berlangsung Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2023 dan Hari Keluarga buat komuniti Taman Mutiara 1. Majlis sungguh meriah dan disambut baik oleh komuniti setempat. Antara aktiviti yang turut dijalankan adalah sesi pemberian duit raya kepada kanak-kanak dan golongan OKU, sumbangan kepada mereka yang bakal menunaikan haji serta saguhati kenang- kenangan kepada warga emas yang berusia 80 tahun ke atas. Cabutan bertuah juga diadakan dengan pelbagai hadiah. 

Gotong-royong memasak dilakukan untuk menjamu tetamu yang datang. Antara menu yang disediakan adalah lemang, rendang daging, sate ayam, pecal, mee kari serta buah -buahan. Suasana seperti ini mengeratkan hubungan kekeluargaan masyarakat yang tinggal di kawasan setempat.