Apakah Itu Pusat Internet (PI)?

Pusat Internet (PI) merupakan projek kerajaan dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) . Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.

Objektif Penubuhan

Penubuhan Pusat Internet (PI) adalah untuk merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan. Pusat Internet (PI) berusaha memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan mengenai teknologi komputer dan internet agar masyarakat luar bandar dapat meningkatkan taraf sosio-ekonomi masyarakat melalui kemudahan serta latihan yang diadakan di Pusat Internet 1Malaysia.

Pusat Internet (PI) Taman Mutiara 1 dirasmikan oleh YB Dato' Haji Khairul Anuar Bin Mahmood pada 12 September 2015 bersamaan 28 Zulkaedah 1436H.  

waktu_operasi.jpg

KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

Pusat Internet (PI) Taman Mutiara 1 menawarkan latihan ICT secara percuma kepada semua yang berdaftar sebagai ahli, antaranya:

~ Pengenalan Asas Komputer, Asas Internet, Aplikasi Elektronik ( E-Kerajaan, E-Pembelajaran, E-Dagang)

~ Desktop Publishing (Microsoft Office), Latihan Keusahawanan, Kelas Adobe Photoshop, Adobe Illustrator                                

Selain itu, Pusat Internet (PIK) Taman Mutiara 1 juga menyediakan perkhidmatan seperti berikut :

~ Internet, Printing, Scanning, Fotostat, Laminate, Binding, Zon internet tanpa wayar (wifi zone)

 

Email

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Alamat Portal

http://tamanmutiara.pjk.com.my

Facebook Page

PIK Taman Mutiara 1

https://www.facebook.com/PI1M-Taman-Mutiara-1-444501899037589/

 

Alamat

Pusat Internet (PI), Balai Serbaguna Taman Mutiara 1, Jalan Cheroh, Raub, Pahang.

  • 4.1km dari Bandar Raub
  • Berhampiran dengan Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ) / Puspakom Raub. 

 

LOKASI PUSAT INTERNET (PIK) TAMAN MUTIARA 1

                                  pi1m_google_map.png

       sumber : https://www.google.com.my/maps/place/Pusat+Internet+Taman+Mutiara+1,+Raub,+Pahang

 

LATITUDE : 3.8197955, LONGITUDE : 101.8443873 

 

  

Pengenalan:

Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Taman Mutiara 1 telah beroperasi selama 8 tahun iaitu bermula pada tahun 2015. Dahulunya ianya dikenali sebagai Pusat Jalur Lebar Komuniti. Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Taman Mutiara 1 dikendalikan oleh dua orang petugas iaitu Pengurus (Norhamizah Binti Zulkilfli) dan Penolong Pengurus (Siti Norasikin Binti Ariffin)

Di sini kami menyediakan pelbagai kemudahan untuk komuniti setempat seperti penggunaan internet dengan harga yang berpatutan, wireless secara PERCUMA (untuk Ahli Pusat Ekonomi Digital (PEDi), cetakan hitam dan berwarna, laminating, binding, scanning dan lain-lain perkhidmatan yang diperlukan.

Dengan hanya mendaftar keahlian RM5 seumur hidup, komuniti boleh menghadiri kelas dan latihan secara percuma. Antara kelas dan latihan yang kami jalankan adalah pengenalan kepada asas komputer bagi mereka yang ingin belajar mengenali komputer dan internet, pengenalan kepada laman-laman web yang boleh dilayari, pengenalan kepada asas keusahawanan, asas grafik dan video dan lain-lain.

Kami juga amat menggalakkan program bersama-sama dengan badan-badan komuniti yang lain seperti Perpustakaan Awam Daerah, Tabika, Jabatan- jabatan kerajaan dan lain-lain. Kami berharap agar dengan kerjasama ini kami dapat memberi pendedahan kepada semua mengenai Pusat Ekonomi Digital (PEDi) ini dan sentiasa ada perhubungan yang baik bersama komuniti. 

Lokasi:

Taman Mutiara 1 terletak dalam mukim Tras di daerah Raub, Pahang. Taman Mutiara juga terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Taman Mutiara 1 dan Taman Mutiara 2. Lokasi Pusat Ekonomi Digital (PEDi) adalah di dalam Taman Mutiara 1 iaitu di jalan yang menghala ke Cheroh. Terdapat pelbagai jenis kaum yang menetap di sini. Majoriti penduduk di kawasan ini adalah berbangsa Melayu dan selebihnya diikuti dengan kaum Cina dan kaum India. Lokasi Pusat Ekonomi Digital (PEDi) ini amat strategik dan bersesuian dengan kehendak masyarakat kerana mempunyai pelbagai lapisan umur, dan masyarakat di sini berminat dalam bidang teknologi IT. Selain itu lokasi PEDi juga berada di tengah-tengah kawasan antara Taman Mutiara 1 dan Taman Mutiara 2. Dengan itu secara tidak langsung lokasi ini akan menjadi tempat tumpuan dan memudahkan untuk menarik orang ramai mendaftar sebagai ahli di PEDi Taman Mutiara 1.

 

Populasi penduduk:  Taman Mutiara 1, Taman Mutiara 2 & Kampung Sempam (Komuniti setempat)

Jantina

Bilangan

Jumlah   keseluruhan

Lelaki

652

-

Perempuan

348

-

 Jumlah Keseluruhan

1000

1000

 

 

Pemimpin & Ketua Komuniti

AHLI PARLIMEN KAWASAN RAUB (P080) PKR

 

Nama                                

YB TUAN CHOW YU HUI

Email                                 

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Media sosial                      

https://www.facebook.com/chowyuhui2

Alamat Surat-menyurat     

No.15, Taman Sempalit aman, 27600 Raub, Pahang Darul Makmur

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI DUN BATU TALAM (N.06)

 

Nama                               

YB.DATO' ABD. AZIZ BIN HAJI MAT KIRAM, DIMP., SMP., AMP., KMN., PJK.

Email

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Media sosial

https://www.facebook.com/datoabdaziz.kiram

Alamat Surat-menyurat

Pejabat UMNO Bahagian Raub, No.38, Pejabat UMNO Bahagian Raub, Jalan Dato' Abdullah, 27600 Raub.

 


 

 

 PEGAWAI DAERAH RAUB

 

 

Nama

:

ENCIK MOHD KHUZAIDI BIN HARUN

Jawatan

:

PEGAWAI DAERAH

Bahagian

:

KHIDMAT PENGURUSAN

Jabatan

:

PEJABAT DAERAH DAN TANAH RAUB

Telefon

:

09-2201512

Faksimili

:

09-2222044

Emel

:

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 *Sumber : https://direktori.pahang.gov.my/frmPapar.php?micro=51&site=bentong&profil_id=19256

 

KETUA KAMPUNG SEMPAM

 

 

 

Nama: Encik Khairul Azri bin Kamaluddin

Media Sosial: https://www.facebook.com/khairul.azri.79/about

No Tel: 019-3055588

*Sumber : https://pdtraub.pahang.gov.my/en/info-daerah/jkkk-daerah