Majlis Tadabbur Al Quran yang dilangsungkan di Masjid Sempam adalah sempena aktiviti bulan Ramadan pada tahun ini. Peserta yang menyertai majlis ilmuan ini terdiri daripada wanita- wanita yang tinggal di kawasan sekitar. Program seperti ini sememangnya menarik dan mengeratkan silaturrahim sesama wanita. selain itu, pada bulan Ramadan umat islam amat digalakkan membaca Al Quran dan sudah pasti mendapat ganjaran pahala. Bulan Ramadan Bulan Al Quran.