Apabila sebut sahaja gotong-royong kaum ibu sudah pasti orang yang paling sibuk di dapur dalam menyediakan kelengkapan yang akan digunakan dalam masakan. Lihat sahaja kaum ibu di Taman Mutiara 1 ini, semangat kerjasama membantu antara satu sama lain harus dipuji. Selain itu, kemeriahan dalam menyediakan juadah sangat dirasai.

Pada 31 Julai yang lalu, penduduk Taman Mutiara 1 mengadakan Jamuan Hari Raya Aidilfitri dengan temanya 'Mengeratkan Silaturahim'. Namun, sehari sebelumnya iaitu pada 30 Julai, persatuan wanita sudah berkumpul memotong bawang, memotong daging dan pelbagai keperluan lagi kerana pada petangnya, aktiviti membakar lemang akan dijalankan.

 

Tadarus Al-Quran

Kalimah ‘Tadarus’ التَدَارُس ialah berdasarkan التَفَاعُل dan ianya bermaksud المشاركة الجَماعيّة keterlibatan sekumpulan orang. Maka Tadarus al-Quran ialah keterlibatan sekumpulan orang dalam membaca dan mentadabburi atau usaha mengambil pengajaran dan mendapatkan ilmu dari ayat-ayat al-Quran. Ramai orang mengambil kesempatan yang ada semasa berada dalam bulan ramadhan ini untuk bertadarus al-Quran . Sempena bulan Ramadhan, pihak Pi1M Taman Mutiara 1 dengan kerjasama kaum wanita Taman Mutiara 1 dan kawasan sekitarnya telah menganjurkan program tadarus Al-Quran yang bermula pada 18 Jun 2015 bersamaan 1 Ramadhan 1436H dan berakhir pada 3 Julai 2015 bersamaan 16 Ramadhan 1436H. Program ini disertai oleh 15 orang kaum wanita dan diketuai oleh Ustazah Zaleha yang merupakan warga Taman Mutiara 1. Bertempat di Pi1M Taman Mutiara 1, tadarus tersebut dimulakan pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 11.30 pagi setiap hari. Pada 3 Julai 2015, program khatam Al-Quran telah berakhir/tamat di samping penyerahan sagu hati daripada setiap peserta kepada peserta-peserta yang lain. Program ini telah berlangsung dengan jayanya dan mendapat respon yang baik daripada komuniti. Dan diharap pada tahun akan datang makin ramai orang untuk mengikuti program ini.